SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

Click her to edit title

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
POLIMAS

Tel: +604-9146100
Fax: +604-9174232 / +604-9146323

Penubuhan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) bermula pada tahun 1984 dengan menerima pelajar pertamanya pada sesi pengajian Julai 1984. JKM telah melahirkan ribuan graduan yang kompetitif sejajar dengan kehendak Visi dan Misi POLIMAS. JKM menawarkan 5 program pengajian iaitu :


  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Am)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)
  • Diploma Kejuruteraan Mekatronik


Jabatan Kejuruteraan Mekanikal diketuai oleh En. Mohd Nadzri bin Lazim sebagai Ketua Jabatan. Seterusnya organisasi dipecahkan mengikut lima program diploma kejuruteraan yang diketuai oleh Ketua Program masing-masing:

DKM : Che Mohd Azmi Bin Che Ibrahim

DTP : En. Nazri bin Abdul Halim

DJL : En. Mohd Fathurahman bin Kamaruddin

DMK : IR Nik Ahmad Faris bin Nik Abdullah

DEM : En. Azahar bin Mohd Nor


Secara umumnya, program yang ditawarkan  di JKM bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang cekap dan berkemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Justeru itu, graduan kejuruteraan perlu bersikap inovatif, kreatif dan beretika tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab apabila berada di dunia pekerjaan kelak. Usaha ini adalah selari dengan cabaran wawasan 2020 yang menuntut  para graduan untuk membangunkan Malaysia sebagai negara perindustrian berpendapatan tinggi serta bermoral dan beretika tinggi.