SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI

Click her to edit title

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

JKM menawarkan 5 program pengajian iaitu :
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal 
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal(Loji)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal(Plastik)
  • Diploma Kejuruteraan Mekatronik


Secara umumnya, program yang ditawarkan  di JKM bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang cekap dan berkemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Justeru itu, graduan kejuruteraan perlu bersikap inovatif, kreatif dan beretika tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab apabila berada di dunia pekerjaan kelak. Usaha ini adalah selari dengan cabaran wawasan 2020 yang menuntut  para graduan untuk membangunkan Malaysia sebagai negara perindustrian berpendapatan tinggi serta bermoral dan beretika tinggi.


Diploma Kejuruteraan Mekanikal 

Program Pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal direkabentuk untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan dan kemahiran praktikal yang komprehensif. Ianya merangkumi pelbagai bidang teknikal yang akan memberi peluang yang luas kepada pelajar yang mengikuti kursus ini. Kursus ini juga dirangka untuk melahirkan pelajar yang bersedia untuk menghadapi cabaran dalam menjadikan negara ini sebuah negara perindustrian maju menjelang abad ke dua puluh satu selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia yang akhirnya akan memberisumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Pelajar yang mengikuti kursus ini berpeluang menjalani latihan praktikal dalam bidang pemesinan,kimpalan, pengaturcaraan komputer, proses pembuatan, CNC dan pengujian bahan. Di samping menekankan bahawa kejuruteraan mekanikal adalah satu bidang yang praktik, kursus ini juga bertujuan melatih pelajar supaya dapat berinteraksi dengan teknologi baru. Modul yang dipelajari termasuk Matematik Kejuruteraan, Sains Juruteknik, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Bahan,Teknologi Elektrik, Aplikasi Komputer, Mekanik Bendalir, Kajidaya Bahan, Kajidaya Mesin,Teknologi Woksyop, Lukisan Terbantu Komputer,Amalan Bengkel Mekanikal, Pnematik &Hidraulik, Rekabentuk Kejuruteraan dan juga Teknologi Kejuruteraan Loji.

Pelajar akan menjalani latihan industri dalam semester keempat bagi kursus bagi kursus diploma untuk mendapat pengalaman pekerjaan dalam bidang yang berkaitan di industri. Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan gabungan antara teori dan kerja amali, kajian kes, perbincangan dalam kumpulan, persembahan serta tugasan. Pelajar juga diberikan projek untuk diselesaikan secara berkumpulan pada semester akhir bagi pelajar diploma untuk memberi peluang kepada pelajar melahirkan kreativiti secara usaha sama. Lulusan diploma kejuruteraan mekanikal ini boleh melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat ijazah pertama di universiti tempatan mahupun luar negara.

Peluang pekerjaan –

  • Pembantu Kanan Kejuruteraan Mekanikal
  • Penyelia Juruteknik / Unit Kejuruteraan Mekanikal
  • Pentadbir Penyenggaran Kejuruteraan Mekanikal
  • Technical Assistant
  • Assistant Service Manager
  • Assistant Engineer
  • Junior Engineer.


Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)

Program Pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)   direka untuk memberi pendedahan kepada pelajar pelbagai teknik dalam industri pembuatan serta penggunaan mesin terkini dalam pembuatan. Kursus ini juga memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikalmembawa kepada pengkhususan dalam bidang pembuatan. Pelajar – pelajar akan dibekalkan dengan kebolehan merekabentuk, penyelenggaraan, melaksanakan sistem pembuatan yang bersepadu dengan menggabungkan unsur-unsur kemanusiaan, bahan serta peralatan di mana dapat membantu menangani sebarang masalah dalam pelbagai industri.

Di dalam kursus ini juga pelajar–pelajar akan diberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang Sistem Pembuatan, Amalan Bengkel Pembuatan, Teknologi Bahan, Rekabentuk Terbantu Komputer, Kawalan Kualiti, Automasi Perindustrian dan Robotik serta Kawalan Pembuatan di samping modul teras dan beberapa elektif yang perlu diambil untuk menambahkan lagi pengetahuan dalam bidang pembuatan.

Dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran, strategi yang digunakan adalah merupakan gabungan antara syarahan kerja amali, kajian kes, perbicangan dalam kumpulan, persembahan, tugasan dan latihan industri. Sementara penilaian pelajar akan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan akhir dan penilaian markah berterusan yang dinilai sepanjang semester pengajian berdasarkan kepada aspek kuiz, ujian dan tugasan yang diberikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Peluang pekerjaan – • Pengaturcara CNC

  • Tool and Die & Mould Maker
  • Perekabentuk CAD/CAM
  • Juruteknik Pengeluaran
  • Perekabentuk Sistem Pembuatan Automatik
  • Juruteknik Penyelenggaraan
  • Penganalisa CAE
  • Pengawal Kualiti
  • CNC Programmer
  • Production/Process Planner
  • Purchasing Technician
  • Product Designer


Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)

Program Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (Loji) ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan teori dan praktik untuk membolehkan mereka mengendali dan mengawal loji-loji kuasa di sektor awam dan swasta. Kursus ini juga memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada bidang pengkhususan kejuruteraan loji. Modul pengkhususan adalah Lukisan Perkhidmatan Loji, Amalan Bengkel Loji, Kejuruteraan Loji Kuasa, Selenggaraan Loji, Pneumatik & Hidraulik dan Sistem Kawalan Loji di samping modul teras dan beberapa modul elektif yang pelajar perlu diambil. Lulusan dalam bidang ini dapat menceburi pekerjaan dalam pelbagai industri kujuruteraan mekanikal dan industri-industri yang menggunakan loji kuasa.Kursus ini juga dirangka untuk melahirkan pelajar yang bersedia untuk menghadapi cabaran dalam menjadikan negara ini sebuah negara perindustrian maju menjelang abad kedua puluh satu selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia yang akhirnya akan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pelajar akan menjalani latihan industri dalam semester keempat bagi kursus diploma untuk mendapat pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan di industri. Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan gabungan antara teori dan kerja amali, kajian kes, perbincangan dalam kumpulan, persembahan serta tugasan. Pelajar juga diberikan projek untuk diselesaikan secara berkumpulan pada semester akhir bagi pelajar diploma untuk memberi peluang kepada pelajar melahirkan kreativiti secara usaha sama. Lulusan diploma boleh melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat ijazah pertama di Universiti yang berkaitan.

Peluang pekerjaan

  • Pembantu Kanan Kejuruteraan Mekanikal
  • Penyelia Juruteknik / Unit Kejuruteraan Mekanikal
  • Pentadbir Penyenggaraan Kejuruteraan Mekanikal
  • Pembantu Jurutera Loji
  • Plant Maintenance & Operation Technician
  • Plant Operator
  • General Technician
  • Apprentice (Boiler man & Steam Engineer).


Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik) 

Program Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (Plastik) ini memberi pendedahan asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada pengkhususan dalam bidang kejuruteraan plastik serta penyenggaraan peralatannya. Modul pengkhususan adalah Proses Pengeluaran Plastik, Rekabentuk Produk Plastik, Amalan Bengkel Plastik, Bahan Plastik, Pengalatan Prototaip Pantas, Teknologi Plastik dan Rekabentuk Acuan & Die Plastik di samping modul teras dan beberapa modul elektif yang pelajar perlu ambil. Kursus ini direkabentuk untuk melahirkan tenaga kerja separa iktisas/juruteknik yang terlibat secara langsung dalam industri plastic dan juga industri kejuruteraan mekanikal yang lain

Kursus ini juga dirangka untuk melahirkan pelajar yang bersedia untuk menghadapi cabaran dalam menjadikan negara ini sebuah negara perindustrian maju menjelang abad kedua puluh satu selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia yang akhirnya akan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pelajar akan menjalani latihan industri dalam semester keempat bagi kursus diploma untuk mendapat pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan di industri. Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan gabungan antara teori dan kerja amali, kajian kes, perbincangan dalam kumpulan, persembahan serta tugasan. Pelajar juga diberikan projek untuk diselesaikan secara berkumpulan pada semester akhir bagi pelajar diploma untuk   memberi peluang kepada pelajar melahirkan kreativiti secara usaha sama. Lulusan diploma   boleh melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat ijazah pertama di Universiti.

Peluang pekerjaan —

  • Pembantu Kanan Kejuruteraan Mekanikal
  • Penyelia Juruteknik/Unit Kejuruteraan Mekanikal
  • Pentadbir Penyenggaran Kejuruteraan Mekanikal
  • Pereka barangan plastik
  • Plastic Production Technician
  • Assistant Engineer
  • Mould Designer
  • Assistant Research Officer


Diploma Kejuruteraan Mekatronik

Program Pengajian Diploma Kejuruteraan Mekatronik direkabentuk untuk menampung keperluan terhadap tenaga kerja separa mahir yang semakin meningkat dalam bidang ini. Kursus ini merangkumi teori dan amali yang mantap serta latihan industri bagi menyediakan para pelajar menghadapi dunia pekerjaan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sistematik melahirkan para lulusan yang berkebolehan dan kreatif serta mampu menyelesaikan masalah.Modul teras kejuruteraan terdiri daripada modul-modul kejuruteraan mekanikal dan elektronik. Tahapsetiap modul bermula dari peringkat asas sehingga tinggi disamping kerja-kerja makmal dan bengkel yang berkaitan. Struktur kurikulum yang disediakan akan membolehkan para pelajar mengaplikasikannya apabila melaksanakan projek pelajar semester akhir. Pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama enam bulan ketika di semester empat untuk didedahkan dengan perkembangan teknologi semasa disamping mengalami persekitaran kerja sebenar. Aktiviti kokurikulum juga dimasukkan sebagai usaha membentuk sahsiah pelajar yang baik dan bertanggungjawab.

Terdapat juga modul elektif yang dipelajari sebagai tambahan seperti Pengurusan Perindustrian,Rekabentuk Kejuruteraan, Vbasic, Kawalan Kualiti, Elektronik Perindustrian, Komunikasi Data, CAD dan PLC.Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan gabungan antara syarahan, kerja bengkel, kerja amali, kajian kes perbincangan dalam kumpulan, persembahan, tugasan dan latihan industri. Pelajar juga diberikan satu modul projek di semester akhir untuk dilaksanakan secara berkumpulan untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasi apa yang telah dipelajari. Mereka merekacipta, membuat kajian kes atau membuat inovasi dalam rekacipta sedia ada disamping mempelajari kemahiran menguruskan projek dalam persekitaran berkumpulan. Penilaian pelajar akan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan dan penilaian berterusan ke atas segala tugasan yang diberikan sepanjang pengajian.

Peluang pekerjaan :

  • Pembantu jurutera mekanikal
  • Pembantu jurutera elektrikal
  • Pembantu teknik mekanikal
  • Pembantu teknik elektrikal
  • Penyelia sistem kawalan
  • Penyelia automasi dan robotik
  • Perekabentuk sistem mekanikal
  • Perekabentuk sistem elektrikal
  • Controller System Supervisor
  • Automation and Robotic Supervisor
  • Mechanical and Electrical System Designer.